Friday, December 16, 2011

betul ke nie?

MINTA PERHATIAN.
Pohon semua umat islam baca yer, saya dapat maklumat ini dari kawan - kawan, dan tolong tag rakan2 lain, saya x sempat nak tag:
"BABI" SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow
SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ika n buatan Orang Cina
> 3.. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
> 6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
> 7. Mee Kering ( sanggol )
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )
> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady's Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady's Choice Jelly
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND
Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberitahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.

TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.

Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !! AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN! Ref. Message: Pringles Potato Chips Looks like you have to find another alternative to munch. Just to let you and gang know......... I have checked.. It's true that the chips contain Emulsifier. Dr Safurah Hj Jaafar ; Principal Assistant Director; Ministry of Health , Malaysia ; Tel: 03-2540088.
*copypaste*

Tuesday, November 15, 2011

Aku dah terjebak kat game nie :



 saved battle file:
http://bso.ochospace.com/history_view.php?hid=54636

Tuesday, October 25, 2011

Gaddafi


Siapa Gaddafi sebenarnya?

BILA Gaddafi jatuh dan dibunuh secara tidak wajar, maka saya segera menyatakan itu tidak sepatutnya dilakukan dan kelihatannya manusia semakin tidak bertamadun dan gila babi.

Saya cukup sedih dan tidak bisa menerima kematiannya sedemikian, apa lagi sebelum ini Gaddafi dihina begitu rupa, padahal pada suatu ketika dia antara pemimpin arab yang cukup lantang menentang Barat terutamanya Amerika dan yahudi dan kelantangan itulah yang Barat berusaha menjahanamkan kepimpinan Gaddafi.

Sejak saya kecil saya sudah mengenal Gaddafi dan mengikut perkembangan kepimpinannya dan saya memang kagum akan keberaniannya yang sama seperti Saddam Husin di Iraq dan tidak hairan Amerika yang ditunjangi Yahudi mahu membunuh pemimpin yang demikian serasa menjadi halangan besar buat melaksanakan Visi jahat mereka.

Barang kali ada lebih baik juga kita menilai semula apa saja yang Gaddafi lakukan buat negara dan rakyatnya sendiri dan mudah2an ini dapat memberikan gambaran yang jelas siapa Gaddafi sebenarnya.

Memangnya keburukan demi keburukan ditonjolkan bagi menutup setiap kebaikan yang dilakukannya untuk rakyat Libya. Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal ini. Perkara yang paling digeruni ialah hasratnya memaksa Barat membeli minyak dan berurusan perdagangan dengan matawang baru yang bakal diperkenalkannya iaitu Dinar Emas.

Usahanya hampir berjaya dan diterima oleh sebahagian besar negara Afrika dan sebahagian dari negara Arab. Dinar emas akan menjadi nilai tukaran baru perdagangan menggantikan USD dan Euro.

Dari saat inilah Barat terdesak untuk mempercepatkan usaha membunuh Gaddafi, namun usaha tersebut gagal. Proksinya yang sekian lama tidak sealiran dengan Gaddafi diangkat sebagai pejuang dan dibantu secara rahsia. Perancangan diatur untuk melakukan sabotaj dan menabur peropaganda. Berita sebenar ditutup dari pengetahuan dunia.

Terima kasih diucapkan kepada sdr Zulkifli kerana membongkar rahsia yang terpendam ini untuk dihayati oleh pembaca yang tidak mengetahui atau telah dipesona oleh dusta tajaan Dajjal. Saya petik tulisan Zulkifli Nordin dari blognya.

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik....

Malaysia??? Apa yang ada??? fikirkanlah...

Tuesday, September 6, 2011

Loghat lenga

Loghat lenga

by Mukim Lenga on Monday, September 28, 2009 at 12:43pm
Berikut adalah antara perkataan atau loghat lenga.. Jika ada kesilapan, sila britau...

Abak-abak mengganggu sesuatu seperti makanan
Ambin ruang tengah rumah yg betangga ke dapur...
Angai-angai mengeringkan sesuatu di luar
Atang sememangnya
Bado malas
Bagas kuat atau rajin kerja
Bahabah selonggok pakaian
Bajang patung yg dipuja utk menganiya org
Bang untuk menyatakan suatu sukatan, lebih kurang
Basi melebihkan sesuatu, lebihan sesuatu
Bebak roboh / musnah
Benah sebab, angkara
Bendo penglihatan yg kabur
Bengik lelah atau semput
Bening lauk yang berair
Benyek keadaan berair atau sifat mudah merajuk
Bercara beradat
Berdelo-delo bergerak dengan bertunda-tunda
Bere-bere keadaan nak demam
Berembat permukaan yang tidak rata atau bergerak
Berpoyang menari
Bersendo berdengkur
Bertandak menari @ berjoget..
Biang gatal (seks)
Bighah gatal (seks)
Bighah lang terlalu gatal (seks)
Bigo perangai atau kata-kata yg melucukan
Bingkah pukul (dibahagian kaki)
Bonak lauk yang pekat
Bulang membaling sesuatu untuk mencederakan
Calong gayung
Cekut secubit
Cemuih keadaan muka yang selekeh
Cike sakit perut akibat makanan
Coken hanya memakai tuala
Congok duduk termenung sorang2
Copeh menyentuh atau mengganggu makanan dsb
Dano kotoran
Dedo rasa nak demam
Delo barisan atau kumpulan yang bergerak...
Dogok meneguk air
Dungap menghadap atau menonton
Encap memukul telur untuk membuat kuih
Endek panggilan untuk budak perempuan
Enyot senget / kusut (kain)
Gemo minat...(cth ayat...diape aje gemonye lop...)
Gasak lantak @ biar / bergaduh
Gebo selimut
Gendit tangkal budak
Getu cubit
Ghampang sampai hati
Ghaut membuang atau menyapu air di muka
Gheghiang serangga yang bising
Ghengkap tertutup dengan keadaan panas
Gigap sibuk bekerja
Gobo kecoh, tersebar berita
Gobok almari baju
Gonyoh menyental pakaian
Gosol tido yang lasak
Guhup suasana gelap atau mendung
Hagul menghantukan kepala ke dinding atau tiang
Ipak anu perempuan
Jerahap terjatuh
Juah manja
Kahom bau yg masam...
Kain basan kain pakaian di rumah
Kejojo duduk sesuatu hal atau cerita
Kekah binatang seperti beruk
Kelelet lambat (perbuatan)
Kelengo tiada suara semasa menangis, tercungap
Kemahang gatal (seks)
Kememe selalu menangis dan merajuk
Kengkeng mengangkat sesuatu yang ringan
Kensal tuala
Kenyit kilat nak ujan
Kesam suam
Kesempo terperanjat
Kesenin malu
Ketengi malu
Kocah mengganggu
Kogak agak / mungkin
Kogheng comot
Kuak mengalih atau menggerakkan sesuatu ke tepi
Kubal kopek / kupas
Kuis mengalihkan / ketepikan sesuatu
Lampus hampa lalu membenci sesuatu
Lekco ramah
Lemban lambat buat kerja
Lentor guruh
Lesir membaling
Libang-libu bergerak ke sana-sini
Lokos basah kuyup
Lulu menyuap (minuman)
Maghe marabahaya, musibah
Matahari gat-gat tengahari terik
Melak jika
Membabo bercakap yang bukan-bukan, merepek
Membelo bergurau
Mengelasor tak tentu hala
Mengelipas tidak duduk diam
Merahang menangis dengan kuat
Merdu terlalu manis
Merenyam bentuk perangai
Merenyit kelopak mata bergerak-gerak
Mersik menggoreng sesuatu hingga kering
Ngalan mengejek / memberi nama @ panggilan utk seseorang
Ngape saya atau mewakili kumpulan
Ngari lama / zaman dahulu kala / dulu²
Ngempang ngempo terhuyung hayang
Ngempo senget
Ngenyang meminta-minta
Neng jernih
Nengko mengetuk / hentak
Nkape awak atau mewakili kumpulan
Nkaru mengganggu
Ntaklah kemaluan
Nyampit Tak kena...(cth ayat...ah aje nyampit kape nembak lop...)
Nyaso tak tentu arah
Ojol getah buku
Olop panggilan untuk budak lelaki
Pahuk memukul menggunakan senjata
Pakkal nasib baiklah
Palis hindar
Pang-pang alang pening-pening lalat
Pangkin tempat duduk kayu bawah2 pokok...
Peda'ah tipu
Pepah memukul
Pial pulas / pusing
Poleng berpencak
Poces beg
Podak riuh rendah
Pucat lesi teramat pucat
Pumpun mengangkat sesuatu
Punding memusingkan sesuatu
Punyat memasukkan sesuatu hingga penuh
Rambat rumah atas sebelah depan
Rawan risau
Ringngo tengok / lihat / jengah
Sabah rimas
Sahab ambik
Sampang terserempak / jumpa / bertemu
Sangap menguap
Santak sampai
Sebu keadaan ruang yang padat
Sehentak-hentak makan sehingga terlalu kenyang
Selopah bekas duit syiling / dompet
Semangka tembikai
Sembab keadaan muka selepas tidur atau tidak bermaya
Semenggah perangai yg elok
Sempudal muka atau badan yang kotor atau selekeh
Senang-senang mega kuning di langit
Senaung bunyi yang bergema
Sendo dengkur
Sepah terkena atau mengalami sesuatu
Siah layah berjalan-jalan berulang alik
Siding menghentak badan seseorang
Sigi membelasah seseorang
Simbah-ambo diri tidak terurus
Siri-siri pepatung
Soko kuat makan
Songgak jolok
Sonjak menjolok
Sugun menghantuk kepala
Sukut mbakar @ menyalakan api
Sunjam cara jatuh dgn kepala ke bawah
Tak keselap makan dengan tidak sabar dan gelojoh
Tak usul Tak teratur
Tembet kedudukan hampir terjatuh
Tenggaling rebah atau terbalik
Tepok sakit perempuan selepas bersalin
Terbahuk bentuk muka yg masam
Tercapang terbuka seperti pintu
Tercilak mata terbuka dengan luas
Terconggeh mulut yang berbibir tebal
Terembut-embut jalan dengan perlahan
Terengkut-engkut cara berjalan
Terjerangkang cara jatuh yg teruk
Terjoh-joh berjalan perlahan-lahan
Terkitai-kitai tangan terpusing-pusing akibat menahan sakit
Terkuncal terperanjat
Telo denak anu lelaki
Termemap duduk diam tanpa membuat kerja
Ternahak sanggup,sampai hati
Tersedo-sedo melepak-lepak tanpa bekerja
Tersunjam sesuatu yang jatuh, terjunam
Tertonggo sesuatu yang duduk diam di suatu tempat
Tokoh menundukkan kepala
Tos kering  
Tulah alahan kepada suatu kuasa atau yang mulia
Tunjil tekan
Tunjit jalan tanpa menjejakkan tumit
Tuntung mengetuk bekas untuk mengosongkan
Ucal menggaul makanan (nasi)
Ukup menyalut asap kemenyan ke kulit

Copot gigi yg jonggang
Kelemak kesalahan yg disimpan sekali.
Baghuh ???????


Berikut adalah antara ayat atau dialek lenga.. Jika ada kesilapan, sila britau...

Apa ke ba atannya ke nkape... Apa nak jadi dengan kamu..
Agak mana gayanya nkape... Bagaimana...
Aje gini le kita Begini la....
Aje aku memang tak.... Saya tidak....
Mana nak mbuatnya.... Hendak buat macam mana...
Nkape aje turutkan sangat... Kamu terlalu...
Nak ati nkape Suka hati kamu....
Aje nkape gemo olop... Kamu memang suka lakukan itu....
Cuba nko duduk tetap olop!... Kamu duduk diam di situ!...
Aje nkape tak nyipat diape Kamu memang tidak mengendahkan dia...
Bilang hari Selalu



p/s: KALAU NKAPE TERBACA RUANG NI, KOMEN2 LE ANAK! TAMBAH2KAN LE LAGI... 

___________________________


Kamus Loghat Lenga.... Unik.. memang unik...

Hai.. Inilah antara loghat Lenga yang masih digunakan.. Orang luor mesti tercangak2 bila dengor org lenga ckp.. Terima kasih kepada Kucing Gemok kerana berjaya meng'kamus'kan loghat ini... (ade yg aku edit skit ikut ape yg aku gunakan...)


KAMUS MINI : JOHOR / Muor / JAWA


Alat² - semata² (eg. makan nasi alat² - tanpa lauk)
Anu - apa² yg lupa apa bendanya, BUKAN MENCARUT

Basah - diguna pakai seharian
Bengkak - lembab (slow, bukan basah)
Berdano - kotor berdaki
Berdecet - (frasa: tak berdecet) - tak berbunyi langsung
Berdempeng - bergema
Berdene - (frasa: cair berdene) - cair sangat
Berendut - bercinta, dating²
Bergenggeng - melekat
Berkat - lauk kenduri yg ditapaukan oleh tuan rumah = bontrot (Jawa)
Berkelon - baring bermanja² (biasanya anak dgn mak)
Berlegai - rehat, bersenang²
Berlengas - melekit (badan)
Bersanggor - pit stop di rumah jiran sblm berarak ke rumah pengantin lelaki, utk tambah² bedak atau betul²kan kain samping
Bersesoh - kecoh
Bertandak - berjoget
Bertangkup - (frasa: muka bertangkup) - muka masam
Berteromba - lari/kejar laju²
Beskot - biskut
Bigor - gila²
Biol - gila
Birah - sosial/meriah (ie. anak dara)
Bobos - berlobang/tembus
Boncah - boros
Bontrot - lauk kenduri yg ditapaukan oleh tuan rumah = berkat (Melayu)
Boyak - gemok
Bulor - rabun/buta
Bulu selai - ke sana sini tak tau diam
Buragas - budak lasak tahap mcm anak jin
Buran - bambu, marah cukup², brainwash
Cecah - cicah
Cecak - cicak
Cemplang - kopi tak cukup pekat, weakcoffee
Cendekel - kedekut
Cengeng - senang nak nangis
Conet (/cenonet) - benda kecik
Debik - pukul
Dedor - badan panas pra demam
Deras - cepat
Ek - kan (eg.cendol tu sedap ek)
Ek - penyedap ayat soal (eg.kenapa mahal sgt ek)
Epok² - karipap
Gebor - selimut
Gedoboh - baju yg besar, longgar
Gemeng - pening/high satu macam
Gembeng - kuat nangis
Getek - gedik
Godak - kacau, gaul
Gogok - minum terus dari teko/jug
Gonjol - gila²
Hagol - hantuk
Hambat (/perambat) - kejor*
Hampor - karpet
Hapah - 'apa' dlm bentuk negatif (eg.hapah pun tak tau)
Haus - dahaga
Herot - senget
Hongges - mkn terus dr buah mempelam, epal dll.. tak pyh hiris..
Jemput² - cucur, cekodok
Kantung - beg berupa sarung
Katup - tutup
Kebaton - keras
Kebelai - lapar sgt sampai terlepek
Kebotong - kenyang sgt sampai terlepek
Kebukun - tercekik
Kecur - terliur
Keket - kurus keding
Kejam - pejam (mata)
Kejor* - kejar
Kelesa - pemalas
Kemahak - tamak, nak sangat
Kemamor - gabra, gelabah
Kemap - tutup mulut tak mau bukak
Kemek - lekuk
Kememey - senang nangis
Kemproh - buat kerja tak senonoh,clumsy
Kemut - kedekut
Kepingin - teringin
Kerenyam - picit dengan geram
Keruk - garu
Kesarok - kelakuan over, mcm kena rasuk
Keselap - (frasa: tak keselap) - tak sabar
Keset - malas
Ketengi - org bersalah buat muka tak bersalah
Ketetel - laju, ligat (lari)
Ketil - cubit
Kokak - low class
Kokel - ratah tulang
Kopok - pekak
Korek - (ie.korek pensel) - asah pensel
Lat - selang
Lelor - heret
Lemban - lembab (slow, bukan basah)
Lembek - tilam
Lemor - masuk angin
Lepak - penat sangat
Lidas - lidah pedas (eg.lepas makan nenas)
Lintang kedak - tunggang langgang
Lodoh - hancur
Lokoh - low class
Lokos - (frasa: basah lokos) - kuyup
Longkah - senang tanggal, tak lekat (eg.rambutan, kahak)
Longkom - (frasa: pinggan longkom) - mangkuk
Lunyai - hancur
Medu - manis sangat
Meladung - air/kuah yg byk, bertakung
Melantong - busuk
Melengkor - baring² takde faedah
Meleset - duduk dekat² gesel², melekap
Melesir - (frasa: tawar melesir) tawar sangat
Membayak - gemok melimpah
Memberot - buang air besor
Membeser - buang air kecik
Membongkor - menyepah
Menais - melekit (eg.meja makan)
Mencodak - mencanak naik
Menebeng - menempel tunjuk muka
Mengekor - asik ikut org ke mana²
Mengeletis - gatal (ie.anak dara), bukan gatal itchy
Mengelinjang/melinjang - ligat main tak sador diri
Mengelenyor - tak tau diam
Mengempor - beralih dari straight line, melayang
Mengeteh - minum² kat kedai
Menggelatuk - menggigil
Menggelupor - gelabah
Mengiler - kempunan
Mengompol - kencing malam
Mengonyel - mengunyah
Menjajor - tak tentu arah
Menjejes - tumpah sikit²
Menjelor - baring tak buat apa² kerja
Menjeng - mengada²
Menjengkit - berjalan, berpoya-poya
Menonong - jalan laju tak pandang kanan kiri
Menotos - menitis dlm volume yg banyak
Mentel - mengada² manja
Mentong - makan lagi
Menyasor - sesat
Menyelanak - merayau
Menyelongkor - menyelongkar
Menyendor - berdengkur
Menyusor - cari akal apa nak buat
Mereban - tiba tempat yg tak dituju
Meremut - banyak/ramai
Meropes - suka membelek benda (esp.barang org lain)
Molor - longgar
Nengok - tengok
Ngempeng - bermanja² sambil meleset
Ngigo - mengigau
No - benar, sangat
Nyonyot - hisap
Padah - sangat (eg.padah malas nak lipat baju)
Pang pang alang - bingai
Panggil - kenduri kawin
Pakkal - nasib/nasib baik
Pasor lambak - pasor malam
Peel - perangai tak elok
Pekung - busuk
Penanggah - ahli rewang, team yg menolong masa kenduri
Pengkor - kaki cacat
Pengor - bodoh sangat
Penyek - pipih
Pepah - pukul
Perambat (/hambat) - kejor*
Peroi - bodoh, peghak, bongek
Pesek - hidung tak mancung
Perun - bakar sampah
Potel - patah
Rengsa - sakit badan esp. masa demam
Retas (/tetas) - jahitan baju terbukak
Rewang - gotong royong utk kenduri
Roti prata - roti canai
Sador - sedar
Saing - sama², together
Sangap - menguap
Santak - hingga (masa) eg.tidor santak ke ptg
Sarap - sarapan
Sebeban - benda yg banyak
Seluor katok - seluor pendek/dalam
Sememeh - comot
Sendeng - senget
Sendo - debab
Senggayut - bergayut
Sentol - montel
Semangka - tembikai
Semput - asthma
Seri beri - sepadan, sama naik
Tegak - terus (jalan)
Teket - tiket
Telap - botol/balang bertutup
Tepen - mangkuk tingkat
Terbose - (frasa: perut terbose) buncit, terkeluar
Tercebur - jatuh dalam air
Tercongok - tercatuk
Tercopong - tercengang
Terjal - terlampau nakal
Terjengol (/menjengol) - muncul tiba²
Terjojol - terkeluar, tersembul
Terkemut² - buat benda lambat²
Terkeseng² - jalan/buat sesuatu lambat²
Terkonteng² - sorang² takde kawan kat sesatu tempat
Terpeleot - terseliuh
Terpeleset - tergelincir
Terpentong - terketuk, terhantuk
Terponggeng - (tidor/baring) meniarap yg nampak punggung
Tersentil - terkeluar sikit
Tertonggoh - duduk tak gerak²
Tiba - sampai
Torek - pekak/sakit telinga yg bernanah
Tutuh - takik dgn parang

Gantinama :
Kape - korang
Ngape - saya, kami
Diape - diaorang
Endek - panggilan manja utk org pompuan
Olop -panggilan manja utk org lelaki

Ok.. Ini antara ayat-ayat org Lenga..

1. Agak kape nak ke mane? Byknye ngengkeng brg, ape kerondengnye nak ke sane?
   Maksud ayat : Korang nak pegi mana? Byknya bwk barang, ada keja apa di sana?




2. Meh le singgah, sarap, jemput ade, epok-epok pun ade.. Takpun blk noreh kang singgah le..
    Maksud : Mari la singgah sarapan pg, ada cucur dan karipap.. Takpun balik menoreh nnt singgah le..


3. Ini adlh antara wall FB Mukim Lenga, kalau org luor bace mmg ramai yg tak paham...


sumber: http://coratcoretsicheah.blogspot.com/2011/07/kamus-loghat-lenga-unik-memang-unik.html