Tuesday, September 6, 2011

Sejarah awal Lenga, Muar Johor

PENGENALAN SEJARAH MUAR

Fakta Negeri  Johor:

Ibu Negeri: Johor Bahru (dahulu dikenali sebagai Tanjung Puteri)

Pusat Pentadbiran:  Kota Iskandar             
Ketua Negeri:  Sultan
Ketua Kerajaan:  Menteri Besar
Lagu Negeri:  Allah Peliharakan Sultan
Keluasan:  18,985 km persegi (negeri kelima terbesar dalam Malaysia)
Penduduk:  3,459,378 (anggaran 2010)- (Melayu: 51%, China: 35.4%, India: 6.9% dan lain-lain:6.6%)
Kepadatan:  140/km2
 
 

SEJARAH DAN ASAL USUL MUAR PENGENALAN (sumber dari anakmuar.com)

by Mukim Lenga on Tuesday, September 15, 2009 at 3:03pm
Muar yang juga dikenali sebagai Bandar Maharani merupakan sebuah bandar yang padat dengan kisah sejarah yang melakarkan perbagai peristiwa yang sewajarnya dapat memberikan kita keinsafan dan tauladan.

 
Muar ketika ini (Foto oleh Anakmuar)

Muar pernah menjadi saksi kepada permulaan keagungan Kesultanan Melayu Melaka apabila Parameswara Iskandar Syah memudiki Sungai Muar sebelum memerintah negeri Melaka dari tahun 1394 hingga 1414. Malah baginda juga dikatakan pernah cuba membuka kota di Muar yang dikenali sebagai Biawak Busuk dan Kota Buruk tetapi gagal.

Sungai Muar juga pernah menjadi saksi kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka di tangan Portugis pimpinan Alfonso D'Albuquere pada tahun 24 Ogos 1511. Di sungai inilah angkatan Sultan Mahmud Shah mengundur diri daripada serangan Portugis. Baginda membina kubu pertahanan di Bentayan (kini tapak kubu itu dijadikan Stesen Bas Ekspress Bentayan (Bas Ekspress/Bas Pagoh) dan teksi) tetapi pihak Portugis berjaya mengesannya.

Stesyen Bas Ekspress (Foto oleh Anakmuar)

Baginda dan pengikutnya melarikan diri ke Kota Biawak Busuk dan seterusnya ke Kota Pagoh (Kuala Pagoh). Kota Pagoh dikatakan antara kota yang menarik kerana diperbuat daripada tanah liat. Kesannya masih boleh dilihat sehingga kini walaupun telah terhakis ditelan zaman.

Di bumi bertuah ini juga pernah menyaksikan kehebatan wira bangsa dalam mempertahankan maruah bangsa, negara dan agamanya yang tercinta walaupun nyawa menjadi taruhan. Itulah Muar yang tercinta...
Muar sebelum dikenali sebagai Bandar Maharani Muar dikatakan mempunyai beberapa nama lain, dan nama Muar itu sendiri dipercayai berasal dari perbagai sumber seperti:



SEJARAH NAMA MUAR

TELUK DALAM - Hikayat Malim Dewa-dewa Deman:
Muar dahulunya dikenali sebagai Teluk Dalam berdasarkan ayat di dalam Hikayat Malim Dewa-dewa Deman. Teluk Dalam ini mungkin berasal dari keadaan sungai Muar yang berkualakan satu muara atau teluk yang terbuka luas.

MUAR belum bernama MUAR
MUAR bernama TELUK DALAM

MUARA - Bahasa Melayu Sunda:
Nama Muar dikatakan ringkasan bagi MUARA di dalam bahasa Melayu Sunda yang bermaksud "kuala sungai yang membuka atau meneluk luas"

MUAK - Rupabentuk Sungai:
Muar bermaksud satu rupabentuk bagi perkataan "muak" maksudnya jemu berkayuh dalam sungai yang begitu besar dan berbelit-belit.

MUAR atau MUNAR - Bahasa Hindu:
Muar ialah ringkasan daripada Bahasa Hindu "Munu" yang bermaksud Tiga dan "Ar" yang bermaksud "Sungai". Nama Muar berpunca dari nama sebuah negeri besar di Selatan India pada zaman purba yang dinamakan Muar atau Munar ('Negeri Tiga Sungai' kerana negeri ini terdiri daripada tiga batang sungai penting yang bercantum menjadi satu). Apabila orang-orang Hindu purba itu datang ke negeri ini untuk mencari emas, mereka menjumpai tiga batang sungai yang bercantum iaitu Sungai Muar, Sungai Serting dan Sungai Pahang seperti Sungai Muar atau Munar di negeri mereka. Lantas mereka menamakan sungai ini sebagai Muar bersempena nama Muar atau Munar di India.

Muar atau Bandar Maharani telah dicatatkan oleh beberapa penulis dan menjadi bahan sejarah terpenting masa kini.

Peta lama Portugis yang menyatakan Muar sebagai Kota Ke-2 Portugis di Semenanjung Tanah Melayu selain dari kota Melaka. Ia dikatakan dibina pada tahun 1604 oleh Eredia dan berbentuk segi tiga. Persoalannya ialah dimanakah ia kini?

Prapanca (1361)(Syair Nagarakertagama):
Syair terkenal Nagarakertagama - hasil tulisan Prapanca pada tahun 1361 (sami Buddha dan pendita Istana Majapahit) menceritakan Muar sebagai sebahagian jajahan takluk Majapahit oleh Hayam Wuruk dan Perdana Menterinya, Gajah Mada (1350 - 1389). Kisah ini tercatat dalam majalah JMBRAS, October, 1935, Volume XIII Part 2, muka surat 15 - 16.

Barros (1553):
Barros yang menulis dalam tahun 1553 telah mengatakan bahawa Parameswara (Paramicura) yang dihalau lari dari Temasik (Singapura) setelah ia membunuh raja negeri itu, telah lari dan berhenti di Muar dan membina sebuah kota kayu di kawasan pedalaman bernama Pagoh.

Tun Sri Lanang (Sejarah Melayu) versi Shellabear:
Sejarah Melayu pula menyatakan bahawa kerajaan Temasik (Singapura) dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar Syah telah dikalahkan oleh Kerajaan Majapahit. Maka Sultan Iskandar Syah telah lari ke Muar dan membuka dua kawasan di tebing Sungai Muar iaitu Biawak Busuk dan membina sebuah kota yang dinamakan Kota Buruk. Selepas daripada inilah baru Sultan Iskandar Syah berpindah dan membina Melaka. Pada tahun tahun 1488, Sultan Alauddin Riayat Syah 1 telah mangkat di Pagoh , Ulu Muar dan dimakamkan di situ.

Tome Pires (Suma Oriental):
Parameswara iaitu Raja Palembang ditonjolkan sebagai tokoh yang membuka Melaka. Sumber ini menyingkap sejarah kemunculan Parameswara sebagai raja Palembang menggantikan ayahandanya Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill akibat menggelarkan dirinya sebagai ' Mjeura' ( orang yang berani). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura.

Setelah membunuh wakil Raja Siam di Singapura, beliau menjadi pemerintah palsu tersebut selama 5 tahun. Oleh kerana bimbang diserang oleh Raja Siam, beliau dengan 1,000 orang pengikut melarikan diri ke Muar. Beliau menetap di sana selama 6 tahun iaitu ketika itu orang-orang Seletar mendiami Melaka.

Ortelius (1584)(Peta Lama):
Peta-peta lama seperti Peta Ortelius A.D. 1584 menunjukkan "MUAR" sebagai sebuah bandar terletak ke arah Selatan Melaka.

Linschoten (1595)(Peta Lama):
Peta Linschoten A.D. 1595 pula menunjukkan "MUAR" sebagai sebuah bandar yang berhampiran dengan negeri Melaka.



MUAR DAN SEJARAH KOMODITI

Muar di dalam sejarah Kerajaan Melayu Melaka mendapat perhatian Belanda dan Portugis kerana emas yang boleh didapati di lereng Gunung Ledang (Emas ini mengikut lagenda merupakan hantaran jambatan emas oleh Sultan Melaka untuk meminang Puteri Gunung Ledang). Muar juga suatu ketika dahulu merupakan pengeluar lada hitam dan gambir yang utama. Belanda dan Portugis menjadikan Sungai Kesang hingga ke Sungai Ledang sebagai laluan utama pengangkutan barang dagangan.

Sungai Muar di zaman dahulu telah menjadi laluan utama untuk ke Pahang kerana hulunya dikatakan terletak di Tasik Bera, Pahang. Antara lagenda yang dikaitkan dengan Sungai Muar ialah ia pernah disusuri oleh Malim Deman untuk mencari Puteri Bongsu yang dikatakan menyorok di Panchur.

Di zaman kekuasaan Bugis (terkenal dengan lima bersaudara), Daeng Marewah, Daeng Parani, Daeng Celak, Daeng Manambun dan Daeng Kenasi dikatakan telah datang ke Muar dan menetap di Liang Batu, Lenga.



SULTAN MANGKAT DI MUAR

Sultan Alaudin Riayat Shah 1 yang pernah memerintah Melaka dikatakan telah mangkat di Pagoh, Muar. Kematiannya menjadi misteri dan lagenda. Ada yang mengatakan baginda meninggal dunia semasa datang untuk bersiar-siar manakala ada pula yang menyatakan beliau mati tercucuk daun. Beliau juga dikatakan berdarah putih dan mempunyai kaitan dengan Mahsuri di Langkawi. Bagaimanapun kesahihannya masih belum dipastikan oleh pengkaji sejarah.



'PERANG SAUDARA DI MUAR'

Pertikaian antara putera Sultan Hussein iaitu Tengku Ali dan Daeng Ibrahim menghasilkan pemerintahan wilayah Muar (yang terletak di antara Sungai Kesang dan Sungai Muar) oleh Tengku Ali pada 10 Mac 1855. Ia merupakan hasil Perjanjian Persetiaan dan Persefahaman antara Tengku Ali dan Daeng Ibrahim. Perjanjian itu mengiktiraf Tengku Ali sebagai Sultan tetapi mensyaratkan gelaran itu tidak boleh diperturunkan kepada warisnya.

Lakaran wajah Daeng Ibrahim

'Perang Saudara di Muar' merupakan pertikaian antara Sultan Ali dan Maharaja Abu Bakar mengenai takhta kerajaan Johor dalam tahun 1870'an. British telah menyokong Abu Bakar dan berusaha mendapatkan sokongan Penghulu di kawasan Kesang. Sultan Ali bertindak balas dengan melancarkan serangan ke atas pos pertahanan Abu Bakar seperti di Lenga dan Jementah. Kekalahan Sultan Ali menyebabkan daerah Kesang dimasukkan dalam wilayah pemerintah Johor seperti yang ada pada hari.

Lakaran wajah Tengku Ali atau Sultan Ali menjadi Sultan Pertama dan Terakhir yang memerintah Negeri MuarSALASILAH KESULTANAN JOHOR

SALASILAH KESULTANAN JOHORSalasilah Kesultanan Johor



PERASMIAN BANDAR MAHARANI MUAR

Bandar Maharani Muar Moden telah dibuka oleh Muhammad Salleh bin Perang atau lebih dikenali sebagai Datuk Bentara Luar pada tahun 1885. Ia dirasmikan oleh baginda Maharaja Abu Bakar pada tahun 1887.

Sultan Abu Bakar: Bapa Pembangunan Johor Moden – mendapat gelaran Maharaja dari Raja Victoria pada 1868

Bandar Muar diberi nama Bandar Maharani yang bermaksud BANDAR ISTERI MAHARAJA sempena isteri Maharaja Abu Bakar iaitu Sultanah Fatimah. Istiadat perasmian pembukaannya dilakukan oleh Maharaja Abu Bakar pada 1887 dengan upacara menanam "Azimat" di suatu tempat yang kemudiannya dikenali sebagai Tangga Batu yang terletak di tebing sungai Muar iaitu di Perhentian Bas Muar/Melaka/BatuPahat).

'Tangga batu' merupakan Pengkalan feri Muar-Tg.Agas pada 1967. Kini ia telah tiada apabila projek Kompleks Perhentian Bas Maharani siap dibina.

Bandar Maharani telah berkembang dengan pesat dengan adanya sebuah pelabuhan kecil di Kuala Muar. Ia merupakan ibu negeri bagi negeri Muar (Muar ketika itu diberi taraf negeri di bawah kerajaan Maharaja Sultan Abu Bakar).


Masjid Jamek Muar - merupakan masjid pertama di Muar. Di buka sekitar tahun 1890 (Foto oleh Anakmuar)Di atas nama pembangunan, jambatan yang gagah ini telah 'membunuh' rezeki pemilik feri Muar-Tg.Agas.Kapal Kaka Kapal yang diberi nama Kaka milik Straits Steamship Company ini memberi perkhidmatan dari Singapore - Muar - Melaka suatu ketika dulu
 
PERASMIAN BANDAR MAHARANI MUAR
Bandar Maharani Muar Moden telah dibuka oleh Muhammad Salleh bin Perang atau lebih dikenali sebagai Datuk Bentara Luar pada tahun 1885. Ia dirasmikan oleh baginda Maharaja Abu Bakar pada tahun 1887.
Gambar Maharaja Abu Bakar: Bapa Pembangunan Johor Moden – mendapat gelaran Maharaja dari Raja Victoria pada 1868.
Bandar Muar diberi nama Bandar Maharani yang bermaksud BANDAR ISTERI MAHARAJA. Istiadat perasmian pembukaannya dilakukan oleh Maharaja Abu Bakar pada 1887 dengan upacara menanam "Azimat" di suatu tempat yang kemudiannya dikenali sebagai Tangga Batu (sekarang menjadi restoran makanan laut Muara yang terletak di tebing sungai Muar iaitu di Perhentian Bas Muar/Melaka/BatuPahat).
Gambar:'Tangga batu' merupakan Pengkalan feri Muar-Tg.Agas pada 1967. Kini ia telah tiada apabila projek Kompleks Perhentian Bas Maharani siap dibina.
Bandar Maharani telah berkembang dengan pesat dengan adanya sebuah pelabuhan kecil di Kuala Muar. Ia merupakan ibu negeri bagi negeri Muar (Muar ketika itu diberi taraf negeri di bawah kerajaan Maharaja Sultan Abu Bakar).
Masjid Jamek Muar - merupakan masjid pertama di Muar. Di buka sekitar tahun 1890 
Gambar: Di atas nama pembangunan, jambatan yang gagah ini telah 'membunuh' rezeki pemilik feri Muar-Tg.Agas.
PENGASAS BANDAR MAHARANI MUAR
DATUK BENTARA LUAR - MUHAMMAD SALLEH BIN PERANG
Muhammad Salleh bin Perang atau lebih dikenali sebagai Datuk Bentara Luar dilahirkan di Teluk Belanga, Singapura dan mendapat pendidikan di sekolah Melayu, sekolah agama dan sekolah Inggeris. Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau dari tahun 1856-1912 ialah:
- guru
- jurutulis kepada Sultan Abu Bakar (1857)
- Pesuruhjaya Polis Negeri Johor di Jabatan Polis (1868)
- Pejabat Hasil Dalam Negeri
- Ketua Jabatan Tanah dan Ukur
- Mahkamah

Antara sumbangan berharga beliau di dalam pembangunan Johor termasuk Muar adalah seperti berikut:- Peta lengkap bagi negeri Johor (peta lengkap negeri di Semenanjung Tanah Melayu yang pertama)
- Menggalakkan permainan ghazal.
- Menggalakkan orang Melayu memainkan Tarian Naga.
- Menggalakkan orang Melayu menggali parit dan tali air supaya tanah sesuai untuk pertanian.
- Menghapuskan lanun-lanun di Muar pada akhir kurun Masihi ke-19.
- Membuka Bandar Maharani Muar (1885) dan Bandar Penggaram Batu Pahat (1893).

Menjelang tahun 1890 Bandar Maharani telah menjadi sebuah pusat aktiviti pentadbiran dan perniagan yang terbesar di kawasan pantai barat negeri Johor. Seorang pelancong Inggeris, Florence Caddy, pernah mencatatkan: 
" Bandar Maharani merupakan bandar yang cantik dengan penduduk-penduduknya seramai 5000 orang terdiri dari orang Melayu yang mendiami kampung-kampung di keliling bandar tersebut, dan orang Cina dan sedikit orang India yang berkedai dalam bandar itu sendiri. Bahawa bandar ini mempunyai beberapa buah bangunan-bangunan serta kilang papan dan sebuah bengkel pembuat batu bata".
Perdagangan utama di pelabuhan Bandar Maharani waktu itu ialah gambir, lada hitam, pinang kering, kelapa kering, kopi, sagu ubi dan buah-buahan. Tetapi gambir dan buah-buahan merupakan perdagangan paling utama. Menurut Laporan Tahunan Kerajaan Johor 1911 daerah Muar merupakan pengeluar hasil gambir yang terbesar sekali di seluruh negeri Johor diantara 1887 dan 1911.
Manakala pada musim buah-buahan (1911) sebanyak kira-kira tiga-suku juta buah durian, 29000 tong buah duku dan 23000 tong buah manggis telah di ekspot melalui pelabuhan Bandar Maharani. Pada masa ini setiap kapal yang keluar dari pelabuhan Muar adalah bermuatan kira-kira 25,000 biji buah durian dan bilangan kapal-kapal yang masuk itupun bertambah menjadi lima ke enam buah sehari.
MUAR - KUBU TERAKHIR SERANGAN JEPUN
11 Januari 1942
Tanggal 11 Januari 1942 menyaksikan Muar diserang dan dibom oleh tentera udara Jepun.
Serangan udara oleh Jepun (Anakmuar)
Pengeboman bandar Muar itu menandakan saat-saat terakhir kejatuhan Tanah Melayu ke tangan Jepun oleh kerana kedudukan Muar dan Johor yang strategik bagi pertahanan di Selatan Tanah Melayu. Di samping itu Muar dianggap sebagai kubu kedua selepas Kedah.
Akibat serangan ini Jepun kemudiannya telah menguasai tebing utara Sungai Muar. Sungai Muar merupakan halangan terakhir di Tanah Melayu sebelum mereka sampai di Johor Bahru.
Serangan-serangan udara tentera Jepun ini telah dibantu pula oleh kemaraan pasukan ke-15 tentera berjalan kaki Jepun yang diketuai oleh jeneral Nizhimura. Mereka melakukan serangan daripada tiga penjuru, dan terus bergerak menyusur pantai dari muara Sungai Muar menuju Muara Sungai Kesang.
16 Januari 1942
Dengan menggunakan jambatan-jambatan yang dibina di atas perahu-perahu, pasukan tentera berjalan kaki dan kereta-kereta kebal Jepun kemudiannya menyeberang Sungai Muar dan pada 16 Januari 1942 berjaya menguasai Sungai Muar sepenuhnya.
Peta lama milik askar Australia yang menunjukkan pertempuran antara askar Australia dan Jepun pada 19 Januari 1942 (Foto: www.mccallum-collection.org)
Untuk mempertahankan Muar, Inggeris telah menghantar pasukan 'Brigade ke-45 Infantry India,' dan pasukan 'Australian Imperial Force' di bawah arahan Leftenan General Bennets. Pasukan Brigade ke-45 'Infantry India' yang baru tiba dan tidak mempunyai pengalaman perang ini telah menyebabkan pasukan Jepun dapat menawan bandar Muar dengan mudah. Ini merupakan satu kelemahan Inggeris yang nyata sekali.
Rejimen ke-4 Anti Kereta Kebal Division Ke-8 Tentera Australia cuba mempertahankan kemaraan tentera Jepun di Bakri. Gambar di atas diambil pada tarikh 18 Januari 1942 (Sumber foto oleh Australian War Memorial).
Inggeris terpaksa berundur dan cuba menyerang balas di Bakri 3 , tetapi gagal. Pada 20 Januari 1942 askar yang bertahan di Bakri telah diarahkan berundur apabila suasana di Muar semakin membimbangkan. Tentera-tentera Jepun terus mara dan menawan Batu Pahat, Kluang dan Ayer Hitam.
Menyedari suasana bahaya sekiranya mereka terus bertahan di Johor, pihak Inggeris selepas bersidang di 'Pejabat Third Indian Corporations' telah mengambil keputusan untuk berundur dari Johor mulai 28 Januari 1942 atau selewat-lewatnya pada 31 Januari 1942.
Dengan pengunduran ini maka berakhirlah pertahanan British di Tanah Melayu. Kejatuhan Muar ke tangan Jepun telah mematikan harapan mereka untuk menyekat kemaraan Jepun. Malah tidak keterlaluan kalau dikatakan dengan kejatuhan Muar, pintu bagi penguasaan seluruh Tanah Melayu telah terbuka. Jepun hanya menunggu masa untuk terus mara ke Singapura.
PERISTIWA BUKIT KEPONG
Balai Polis yang menjadi kenangan kehebatan wira bangsa

Posted at 03:29 pm by anakmuar
Comments (69)
 

Feb 3, 2006
SEJARAH KEBUDAYAAN DAN KESENIAN
KUDA KEPANG
SEJARAH PERMAINAN KUDA KEPANG
(Dipetik dari: www.e-genius.com.my)
Permainan kuda kepang merupakan salah satu permainan rakyat di negara ini. Jika di negeri Pantai Timur Semenanjung terkenal dengan permainan wau dan wayang kulit, kuda kepang pula mendapat tempat di hati rakyat Johor. Kehalusan seninya begitu terpelihara walaupun arus kemodenan begitu ketara dalam beberapa aspek kebudayaan.
Foto Tarian Kuda Kepang (Sumber foto www.rmp.gov.my)
Salah seorang pencinta permainan ini di Pt. Kemang Muar ialah En.Margono bin Hj. Anuar atau lebih mesra dipanggil "Wak Gono". Beliau sudah lama berkecimpung dalam permainan kuda kepang tetapi faktor usia menyebabkan beliau terpaksa melupakan permainan ini. Permainan kuda kepang disebarkan kepada rakan-rakan serta orang-orang kampung dan hingga kini di Kampung Parit Kemang sudah mempunyai sebuah persatuan "Persatuan Kuda Kepang Pt. Kemang Muar". Menceritakan sejarah awal, beliau yang kini berusia 80 tahun menyatakan kuda kepang berasal dari Tanah Jawa Indonesia dan telah dibawa ke Tanah Melayu oleh rakyat Indonesia yang berhijrah ke negara ini. Pada mulanya ia hanya permainan biasa seperti "Sepak Raga". Namun sambutan dari penduduk tempatan menyebabkan ia berkembang dari sebuah kampung ke sebuah kampung.
Pada zaman sekarang, permainan kuda kepang dimainkan di majlis perkahwinan atau sesuatu majlis keramaian. Pemain kuda kepang memerlukan sekurang-kurangnya 25 orang dimana 9 orang menari, 5 orang pemain muzik, 15 orang penjaga kawasan dan dua orang bertindak sebagai "Bomoh Pemulih". Bagaimanapun dalam sesuatu persatuan jumlah ahlinya adalah seramai 40 orang. Seorang daripada penari-penari itu bertindak sebagai pemimpin yang dipanggil "Danyang". Pakaian permainan pula biasanya seragam.

Peralatan Kuda Kepang

Peralatan yang diperlukan untuk permainan kuda kepang ialah alat muzik yang terdiri daripada 5 buah Angklung. Angklung diperbuat daripada buluh dan rotan yang boleh didapati daripada kawasan persekitaran. Angklung bersaiz segiempat dan ianya dimainkan dengan cara menggoyang dan menggoncang buluh tersebut. Bagi buluh yang kecil, apabila diketuk akan mengeluarkan bunyi nyaring, manakala buluh yang besar akan mengeluarkan bunyi bergema dan dari kombinasi kedua-dua bunyi ini akan menghasilkan bunyi yang indah dan menarik.
Perkakas lain yang digunakan ialah sebuah gendang. Gendang ini diperbuat daripada kayu Leban dan kulitnya dari kulit lembu. Kulit lembu diperoleh dari saki baki kulit lembu yang dikorbankan semasa Hari Raya Haji. Kulit lembu ini dikeringkan. Sementara pengikatnya diperbuat daripada rotan. Gendang mempunyai panjang diameter lebih kurang 3 kaki. Gendang ini dipalu mengikut irama yang tertentu.
Perkakas lain yang digunakan ialah pecut. Pecut diperbuat daripada buluh dan tali. Kedua-duanya dipintal menjadi satu. Fungsi Pecut adalah untuk mengarah dan mengawal permainan atau penari kuda kepang.
Perkakas terpenting ialah kuda-kuda. Ianya diperbuat daripada kulit lembu. Dibentuk menyerupai kuda dan diwarnakan merah,putih atau kelabu.
Selain itu perkakas lain ialah tali sepanjang 30 meter. Tali sepanjang ini digunakan untuk dibuat pagar bagi mengelak penari kuda kepang yang mabuk berkeliaran dan mudah untuk bomoh mengawalnya. Alat-alat lain ialah gong. Gong apabila dipalu akan mengeluarkan bunyi "goooong" dan meyedapkan lagi bunyi muzik pengiring.
Pantang Larang Ketika Pemainan
Pantang larang dalam permainan kuda kepang ialah pemain tidak boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal.
Namun pantang larang yang utama ialah tidak boleh melihat kain berwarna merah kerana ia adalah pantang larang semulajadi. Selain itu tidak boleh terlihat atau melihat kaca atau serpihannya kerana ditakuti akan dimakan oleh pemain.
Apabila muzik mula bergema, masuklah pemain-pemain yang dipimpin oleh "danyang" memasuki gelanggang. Pemain-pemain akan menari menurut rentak dan irama lagu. Tiap-tiap penari akan menunggang atau memacu kuda anyaman(kuda kepang). Tarian yang kerap dipersembahkan dalam sesuatu majlis tarian kuda kepang ialah Tarian Solo, Tarian Selendang, Tarian Pucuk Rebung dan Tarian Kuda Kepang dinamakan "Lenggang Kiprah". Penari-penari menari sehingga mabuk atau tidak sedarkan diri selama 2 jam. Keadaan ini disebut sebagai "naik syeh".Mereka boleh melakukan perbuatan atau gerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi 6 kaki dan sebagainya. Kadang-kadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya.
Semasa penari dalam keadaan demikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak maka penari akan naik berang dan akan menerkam atau menendang pemain muzik. Kelakuan ini tidak ubah seperti kuda yang sedang berang. Jika keadaan bertambah liar, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, seterusnya dijampi. Penari-penari itu akan dipulihkan semula oleh Tok Bomoh dan kembali normal seperti biasa.
Menurut keterangan pemain yang mengalami kejadian seperti ini,ketika mabuk mereka bermimpi menunggang kuda sambil menari-nari dengan iringan muzik. Semakin lama bunyian itu sayup kedengaran. Kerana itulah mereka cuba mengejar muzik itu. Jelaslah tarian Kuda Kepang mempunyai semangat yang menjadi asas kepercayaan dan peminat mereka. Selain itu alat-lat kuda kepang mesti disimpan dengan baik kerana ditakuti akan dimarahi oleh 'rohnya'. Ini menunjukkan bahawa permainan kuda kepang mempunyai kepercayaan tersendiri.
Sepertimana cara perubatan tradisional, permainan kuda kepang juga tidak ketinggalan menyelitkan pengerasnya yang diserahkan kepada Tok Bomoh persembahan. Pengeras yang dimaksudkan ialah beberapa butir kemenyan, tempat bara untuk membakar kemenyan, air mentah secerek, nasi campur (nasi yang sudah bercampur lauk ayam dan sayur), kuih campur, serta yang utama sekali ialah wang sebanyak RM2.25 yang diserahkan oleh tuan rumah atau penganjur kepada Tok Bomoh persembahan. Bayaran untuk setiap persembahan atau pertunjukan kuda kepang adalah tidak kurang dari RM200 .
(Sumber: www.e-genius.com.my)
KEMPLING
KEMPLING: SATU KESENIAN JAWA DI MUAR
Oleh HAI ROZZAMAN JALAL (Laman Web Wak Jaman)
Kemplingan (Sumber Foto Ehsan: kemplingan.tripod.com)
DALAM masyarakat majmuk di negara kita, pelbagai jenis kebudayaan dan kesenian ada pada masyarakat masing-masing.
Kedatangan masyarakat Jawa ke tanah air kita terutamanya di selatan Semenanjung beberapa kurun yang lalu telah membawa banyak kesenian yang kini hampir dilupakan, dibawa oleh arus kemewahan teknologi moden.
Banyak kesenian masyarakay Jawa seperti kuda kepang, wayang kulit, ketoprak, barongan, pencak silat dan kempling hampir dilupakan oleh generasi baru kerana usaha-usaha untuk memeliharanya tiada.
Kesenian itu sesetengahnya masih hidup lagi terutama di kampung-kampung yang dihuni oleh masyarakat Jawa di mana generasi tua masih ada.
Kempling merupakan salah satu kesenian masyarakat Jawa yang telah wujud sejak dahulu lagi dan kini hampir dilupakan oleh masyarakat itu sendiri tanpa ada inisiatif untuk menghidupkannya agar tidak pupus dari ingatan generasi yang ada.
Kesenian kempling ini pada kebiasaannya dipersembahkan di majlis-majlis keramaian seperti majlis berkhatan, perkahwinan, Maulidur Rasul, menyambut kelahiran bayi, potong jambul dan sebagainya.
Pada dasarnya, kumpulan kempling ini ditubuhkan sebagai kesenian hiburan masyarakat Jawa kerana pada ketika itu tiada alat-alat hiburan seperti radio dan televisyen.
Selain itu, dengan adanya kumpulan kempling di sesebuah kampung, masyarakatnya sama ada golongan tua atau muda dapat disatukan dan berkumpul mempelajari kesenian nenek moyang mereka.
Permainan kempling ini mempunyai unsur-unsur keagamaan yang memuji-muji kebesaran Allah SWT dan Rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW.
Nazam atau lirik bagi permainan kempling ini berpandukan kepada berzanji atau rawi.
Terdapat enam jenis alat permainan kempling yang mempunyai bunyi dan fungsi yang berlainan.
Alat-alat itu ialah jidur, gendang, karon, kempling dan dua buah kempol. Kesemua alat-alat ini diperbuat dari kulit kambing manakala baluhnya daripada kayu.
Kombinasi keenam-enam alatan kempling ini melahirkan satu bunyian yang indah dan menarik. Ada ketikanya, ia dapat didengar sehingga beberapa kilometer terutama pada waktu malam.
Bagi memulakan permainan kempling ini, bacaan surah al-Fatihah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dibaca terlebih dahulu. Kemudian barulah dimulakan berpandukan bab-bab yang terdapat di dalam berzanji.
Sebenarnya permainan kempling tiada had masa yang tertentu tetapi ia memerlukan masa yang agak panjang bergantung kepada berapa lagu dan bab di dalam berzanji.
Pada kebiasaannya, permainan kempling ini dimainkan pada waktu malam dan akan membawa ke pagi. Ia juga boleh dimainkan atau dipersembahkan pada waktu siang atau malam mengikut kehendak tuan rumah.
Mereka akan bermain secara bergilir-gilir dan berjaga dari malam hingga ke pagi atau dipanggil "lek-lek'an" dalam bahasa Jawa.
Apabila sesebuah lagu atau bab selesai dimainkan, ia akan diselangselikan dengan bacaan berzanji dan akan dimulakan semula apabila bacaan satu bab berzanji tamat.
Tuan rumah akan menyediakan hidangan kuih-muih dan minuman bagi menghilangkan rasa mengantuk para pemain kempling.
Permainan kempling ini akan ditamatkan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Sebenarnya, kesenian kempling ini merupakan salah satu cara memuji-muji Nabi Muhammad SAW yang dilakukan oleh masyarakat Jawa dahulu berpandukan berzanji.
Masyarakat dahulu yang tinggal di desa-desa menggunakan kesenian seumpama ini untuk memupuk semangat kerjasama dan muhibah sambil berbincang mengenai masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung itu.
Untuk itu, bagi memelihara kesenian tradisional ini agar ia terus wujud dan kekal sebagai kesenian warisan, generasi muda perlulah berusaha untuk mewarisinya.
Pihak yang bertanggungjawab dalam bidang ini perlu sama-sama mengambil daya usaha tertentu demi kesinambungan kesenian tradisional ini supaya tidak luput dibawa arus kemodenan dan kebudayaan liar.
(Dipetik dari 
Laman Web Wak Jaman karya HAI ROZZAMAN JALAL)

KUMPULAN KEMPLINGAN DI MUAR
Oleh HAI ROZZAMAN JALAL (Laman Web Wak Jaman)

SEKITAR daerah Muar, Johor terdapat beberapa kumpulan kempelingan seperti di Kampung Parit Kemang, Parit Kasan, Parit Gani, Melayu Raya, Parit Satu dan Parit Dua Sagil.

Di Kampung Parit Kasan, kumpulan kempelingan ini disebut sebagai perkumpulan 'kempeling' sahaja, pada hal 'kempeling' itu adalah satu daripada alat yang digunakan.
Kumpulan itu diketuai oleh Wahid Rebin dengan jurulatihnya Haji Tamyiz Alias.
Pada tahun ini, kumpulan berkenaan tersenarai dalam Projek Pemuliharaan Kesenian Kemplingan Johor.
Peralatan yang digunakan terdiri daripada enam jenis alat tabuhan iaitu jidur, gendang, kempeling, karon dan dua buah kempol.
Karon memainkan nada untuk meningkah tiga peralatan lain: kempeling dan dua buah kempol.
Kombinasi keenam-enam peralatan ini dapat melahirkan irama yang sungguh menarik untuk mengiringi bacaan rawi atau nazam petikan daripada berzanji.
Sebenarnya, untuk mempelajari kesenian kempelingan ini memakan waktu yang agak panjang kerana setiap pemain diperlukan untuk menghayati rentak irama, kaedah menabuh dan cara memasukkan lagu nazam atau bacaan rawi.
Seperti halnya, bermain kompang, kompang jidur atau mana-mana genderang, kemasukan nada tingkah yang tidak tepat akan merosakkan irama lagu yang dimainkan.
Bagi seseorang ketua kumpulan, peningkahan nada alat-alat permainan inilah yang sangat diperhatikan.
(Dipetik dari  Laman Web Wak Jaman karya HAI ROZZAMAN JALAL) 

Posted at 03:46 pm by anakmuar
Comments (255)  

Oct 20, 2004
SEJARAH TEMPATAN MUAR
SEJARAH TEMPATAN MUAR
KOLAM AIR PANAS SUNGAI GERSIK
(Sumber: Laman Web Kerajaan Negeri Johor)

KAMPONG SUNGAI GERSIK (RESIK)
KAWASAN (2) MUKIM SUNGAI BALANG
DAERAH MUAR, JOHOR DARUL TA'ZIM

LOKASI DAN KEDUDUKAN GEOGRAFI KG. KAMPONG SUNGAI RESIK (GERSIK)
Kampong Resik adalah sebuah perkampongan tradisi di dalam Mukim Sungai Balang, Daerah Muar dan terletak lebih kurang 20 kilometer ke tenggara Bandar Maharani ( Muar ). Pekan yang paling hampir dengan kampong ini ialah Pekan Semerah, Daerah Batu Pahat. Ini disebabkan fakta bahawa kedudukan Kampong Resik teletak di pinggir sempadan Daerah Muar dengan Batu Pahat. Secara amnya, Kampong Resik ini berada dalam kawasan tanah pamah yang subur dimana kegunaan tanahnya rata rata berasaskan pertanian.
SEJARAH KAMPUNG SUNGAI RESIK (GERSIK)
Mengikut sejarah yang dapat di kesan dari pendaftaran tanah dan cerita orang tua-tua pembukaan  KampUng Resik ini bermula pada tahun 1883 dan berakhir pada tahun 1960 dimana ketika itu semua hutan telah habis diterokai dan menjadi kawasan pertanian. Peneroka asal kampong ini ialah Orang Kaya Ali dan para pengikutnya dari Muar yang menyusuri pantai Selat Melaka setelah terlibat di dalam pertengkaran keluarga.
Nama Sungai Resik ini adalah mengambil sempena wujudnya bekas laluan air ( alur ) seperti anak sungai yang terdapat di kawasan kampung ini, menakala perkataan Resik pula adalah istilah Jawa yang bermaksud bersih.  Ini kerana alur sungai itu berkeadaan bersih dari semak samun dan airnya pula mengalir dengan baik. Itulah sebabnya sehingga kini, bahagian laut, jalan dan paritnya tidak lurus, malah bengkang bengkuk seperti sungai.
Peneroka Kampung Sungai Resik sentiasa bertambah dari masa ke semasa beransur-ansur hinggalah abad ke 19 dimana terbinanya jalan keretapi dari Sungai Pulai, Muar ke Semerah. Generasi mudanya kian mencapai pembangunan yang pesat, terutamanya dengan penemuan sebuah kawasan yang penuh lagenda (Kolam Air Panas) oleh Tuan Haji Abd Rahman Getu pada tahun 1911, dimana kawasan ini telah menjadi destinasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri hingga kini.
KOLAM AIR PANAS SUNGAI RESIK (GERSIK)
Kolam Air Panas Sungai Resik adalah satu-satunya kolam dalam Daerah Muar,  Negeri Johor Darul Ta'zim, di mana airnya sentiasa panas  secara semulajadi.
Kolam ini mula ditemui pada tahun 1911 oleh Tuan Hj. Abd. Rahman bin Hj. Harshad atau lebih dikenali dengan nama Hj. Abd. Rahman Getu. Ketika itu Kg. Sungai  Resik telah diterokai sejauh 2.5 kilometer ke pendalaman dan kawasan kolam air panas ini masih lagi hutan belantara. Pada suatu hari Hj. Abd. Rahman telah masuk ke hutan untuk mencari linau dan anak kayu untuk membuat pondoknya. Menjelang tengahari ia ternampak sesuatu yang aneh menyerupai tasek kecil berukuran lintang kira-kira 10 kaki, dikelilingi oleh lembah berlumpur serta semak. Airnya menggelegak dan berasap mengalir ke kawasan di sekitarnya.
Hj. Abd. Rahman merasa seram dan takut lalu ia terus meninggalkan tempat itu tanpa mengambil kayu yang telah dikumpulkannya. Malangnya ia telah sesat sehingga ke senja barulah berjumpa jalan keluar. Apabila sampai ke rumah ia lantas menceritakan kisah penemuannya itu kepada penduduk kampung. Anehnya, kolam yang menjadi cerita hangat dikalangan penduduk kampung itu tidak dapat ditemui bila dicari.
Kolam air panas itu hanya di temui semula kira-kira tiga bulan kemudiannya, apabila Hj. Abd. Rahman dan rakannya  bernama Rajikan pergi ke hutan mencari kayu dan rotan. Mereka terus merintis jalan dan membuat tanda pada pokok-pokok sampai ke jalan keluar.
Keluasan asal kolam termasuk kawasan sekelilingnya ialah 1 ekar 25 pol dan pada tahun 1997 telah dibesarkan kepada 3 ekar 2 rood 15 pol  bagi tujuan membina dan menyiapkan taman rekreasi termasuk kemudahan awam seperti surau, pentas, pondok rehat, jalan, lanskap, pintu gerbang, pagar dan parit, pada tahun 1999 sebuah chalet telah dibina. Jauhnya kolam ini dari jalan besar ialah 4 kilometer Ke dalam dan pekan yang paling hampir ialah Pekan Semerah lebih kurang 12 kilometer.
PERISTIWA GANJIL YANG PERNAH BERLAKU DI KOLAM AIR PANAS SUNGAI RESIK
Beberapa peristiwa yang ganjil dan aneh lagi menyeramkan pada sesiapa yang pernah mengalaminya:
· Selepas kolam air panas ditemui banyak penduduk tempatan dan sekitarnya berkunjung untuk melihat keadaan sebenar. Terdapat diantara pengunjong yang telah bersua ular sebesar batang kelapa dan panjangnya kira-kira 30 meter dan ini bukan sekali malah beberapa kali berjumpa ular sebesar itu bergantung di pokok besar ditepi kolam itu.
· Pernah berlaku kepada Encik Palil bin Ab. Rahman yang telah bersua dengan seekor ular besar hingga tidak tahu dimana kepala dan dimana ekornya, seolah-olah sebatang kayu besar berukuran tinggi melintang 3.5 kaki berwarna hitam berkilat. Beliau telah lari meninggalkan tempat itu.
· Pernah beberapa orang tempatan bersua dengan seorang agak sederhana tuanya memakai kain dan berbaju kut berbual mesra hingga lupa dari mana datangnya, tetapi dengan sekelip mata orang tua tersebut hilang dan barulah disedari yang ianya bukan manusia biasa. Banyak lagi perkara aneh berlaku dan kebanyakannya pada waktu senja dan malam.
Peristiwa-peristiwa di atas berlaku diantara tahun 1915 hingga 1930 an.
· Pada tahun 1943 ketika dalam pemerintah Jepun seorang pendudok bernama En. Manon bin Hj. Hassan sekarang menetap di Simpang Rengam telah mengadakan majlis membaca marhaban dan potong jambul, dimana rumahnya berdepan dengan kolam air panas. Semasa marbahan dan potong jambul dijalankan dengan tidak semena-mena di kawasan kolam air panas telah riuh dan terang dengan sinaran lampu yang tidak diketahui bilangannya dan bersama sama melaungkan marhaban. Selepas itu orang ramai bergegas ke kolam air panas dan apabila sampai disitu tida terdapat apa-apa pun, hanya bunyi jengkrik dalam semak yang gelap.
· Keadaan pada keganjilan yang nampak hingga sekarang iaitu kawasan kolam tanah tebingnya tinggi dari yang lain dan warna tanahnya tidak serupa. Airnya putih jernih sedangkan kawasan sekelilingnya airnya berwarna merah (air tanah gambut). Kolam air panas ini airnya mengalir keluar tidak berhenti samada musim kemarau atau musim hujan.
RENUNGAN
Semua cerita yang disampaikan adalah yang sebenarnya daripada Allahyarham Hj. Abd. Rahman bin Haji Arsad dan rakannya Allahyarham Rajikan semasa hayatnya dahulu.
Allahyarham Rajikan meninggal dunia pada tahun 1969 semasa koprantasi di Kampung Sungai Gersik Darat dan Allahyarham Hj. Abd. Rahman meninggal dunia pada tahun 1971 di No 1, Kampung Parit, Sungai Balang Kecil.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan  sejarah Kolam Ari Panas Sungai Gersik, anda boleh bertanya kepada penduduk tempatan apabila bekunjung ke tempat ini dan saksikan sendiri keajaibannya.
(Sumber: Laman Web Kerajaan Negeri Johor)



PARIT JAMIL
Dipetik dari Laman Web Srijamil (http://www.geocities.com/Athens/Ithaca/3739/sejarahtempatan.html)
Asal Usul Kampung Parit Jamil letaknya kira-kira 10 batu jauhnya dari bandar Muar dan 21 batu dari bandar Batu Pahat. Kampung ini telah dibuka pada akhir abad ke-19, iaitu pada masa Sultan Abu Bakar memerintah di Johor. Dipercayai Kampung Parit Jamil telah di buka oleh Tuan Haji Taib. Beliau dikatakan berasal dari Pulau Jawa, Indonesia, dan telah datang ke Parit Jawa, Muar, pada akhir abad ke-19. Di Parit Jawa, beliau telah tinggal bersama-sama Penghulu Jabar, iaitu penghulu yang menguasai kawasan Parit Jawa ketika itu. Haji Taib, seorang mempunyai bakat kepimpinan dan seorang boleh diharapkan, banyak membantu kerja-kerja Penghulu Jabar. Oleh itu, Penghulu Jabar telah melantik Haji Taib sebagai menteri kepada beliau.
Dengan galakan daripada saudara-maranya yang datang dari Jawa, Haji Taib telah meninggalkan Kampung Parit Jawa. Beliau bersama-sama pengikutnya telah membuka Kampung Parit Jamil yang terletak kira-kira satu batu dari Parit Jawa. Di antara saudara-maranya itu, Haji Arshad (ipar beliau) adalah orang yang memainkan peranan penting dalam pembukaan Kampung Parit Jamil.
Pembukaan Kampung Parit Jamil oleh Haji Taib telah dibantah oleh Penghulu Jabar dengan alasan beliau mempunyai kewibawaan atas Kampung Parit Jamil juga. Penghulu Jabar mendakwa bahawa kawasan jagaan beliau adalah meliputi Kampung Parit Jamil hingga ke Kampung Parit Penyengat, iaitu setengah batu dari Kampung Parit dan satu setengah batu dari Kampung Parit Jawa. Keberanian Haji Taib dalam hal ini adalah disebabkan beliau telah mempunyai pengikut-pengikutnya yang tersendiri. Peristiwa ini memberikan satu gambaran tentang bagaimana sesebuah kampung atau petempatan biasanya dibuka, iaitu oleh seorang ketua dengan pengikut-pengikut tertentu yang biasanya merupakan saudara-maranya.
Perselisihan di antara Penghulu Jabar dengan Haji Taib tidaklah membawa kepada satu perbalahan. Sungguhpun demikian, Penghulu Jabar telah bertindak dengan membawa hal itu kepada perhatian Sultan Johor. Sultan Johor ketika itu ialah Sultan Abu Bakar. Baginda telah memanggil kedua-dua orang itu ke istana di Johor Bahru. Kes mereka telah dibicarakan oleh baginda selama tiga kali. Sebelum sempat baginda membuat keputusan muktamat, Penghulu Jabar telah meninggal dunia. Kematian beliau adalah disebabkan terjatuhnya sewaktu menunggang kuda semasa bersiar-siar pada suatu petang. Dengan kematian Penghulu Jabar, pembukaan Kampung Parit Jamil oleh Haji Taib tidak lagi mendapat bantahan dari sesiapa lagi. Memandangkan hakikat bahawa Haji Taib adalah seorang yang berkebolehan dan mempunyai pengikutnya yang ramai, baginda telah berkenan melantik Haji Taib sebagai penghulu Kampung Parit Jamil . Ketika itu kewibawaan Haji Taib meliputi kawasan dari Kampung Parit Nipah ke Kampung Parit Penyengat , iaitu kira- kira dua batu persegi luasnya .
Pembukaan Kampung Parit Jamil adalah bermula dari pantai ke arah kawasan pendalaman . Hal ini jelas dari kesan-kesan sejarah yang terdapat hingga sekarang, di antaranya terdapat tanah perkuburan orang- orang Islam yang tidak berapa jauh dari pantai (kira-kira setengah batu). Selain daripada itu, terdapat bekas tapak bangunan sebuah masjid. Kesan-kesan itu menunjukkan di sekitar kawasan tersebut pernah wujud perkampungan orang Melayu . Tetapi pada masa sekarang ini, di sekitar kawasan itu hanya terdapat kebun- kebun kelapa dan getah sahaja. Adanya peninggalan-peninggalan itu ialah kerana penduduk kampung dahulu telah berpindah ke kawasan yang agak jauh sedikit ke pendalaman. Pada masa sekarang, tapak Kampung Parit Jamil adalah lebih kurang di sepanjang jalanraya dari Muar ke Batu Pahat, jauhnya dari pantai adalah kira-kira satu batu. Sebuah masjid dan tanah perkuburan Islam berada di tepi jalanraya. Pekerjaan penduduk kampung itu adalah menangkap ikan, menanam padi, bercucuk tanam dan sebagainya. Tanaman yang mereka usahakan adalah bersifat secukup hidup.
Berhubung dengan nama Kampung Parit Jamil itu, tidak terdapat satu keterangan yang bulat. Mengikut  Encik Md. Yassin, nama Kampung Parit Jamil itu adalah berasal daripada nama seorang yang pernah bekerja dengan Haji Taib Jamil, dikatakan, telah memainkan peranan penting membuka kampung dengan menggali parit-parit.  Memandangkan jasa-jasa beliau itu , Haji Taib telah menamakan Kampung Parit Jamil itu bagi memperingati jasa baik orang itu . Yang agak menghairankan ialah perbezaan nama 'Parit Jamil' itu dengan nama kampung-kampung lain termasuk di dalam Kampung Parit Jamil sebagai induk . Nama kampung– kampung lain adalah seperti Kampung Parit Nipah, Parit Tengah, Parit Kangkung, Parit Tunggul dan Parit Penyengat. Kesemua nama itu adalah berasal daripada perkataan dalam bahasa Melayu 'Jamil' pula berasal daripada bahasa Arab.
Menurut seorang keturunan Haji Taib sendiri, penerangan Encik Md. Yassin itu kurang meyakinkan kerana beliau sendiri tidak pernah mendengar adanya orang yang bernama 'Jamil'.  Menurut pendapat beliau seterusnya, nama Kampung Parit Jamil itu adalah berasal daripada perkataan Arab, iaitu Jamil bererti 'cantik'. Nama itu mungkin diberi oleh orang-orang Arab yang datang berniaga di kampung tersebut kerana memandangkan keindahan dan eloknya kampung tersebut.
* Dipetik dari Laman Web Srijamil (http://www.geocities.com/Athens/Ithaca/3739/sejarahtempatan.html)
JALAN DATO' HAJI KOSAI
LAGENDA KEHEBATAN 'ORANG TUJUH'
Oleh HAMDAN RAJA ABDULLAH (Utusan Malaysia)
TIDAK ramai yang mengetahui bahawa terdapat sebatang jalan di Muar iaitu Jalan Datuk Haji Kosai, dinamakan selepas ahli-ahli Orang Tujuh, membantah pembentukan Malayan Union di Johor pada tahun 1946.
Gambar: PASANGAN BERKUASA. Gambar Keluarga Lama Kosai dan Zaharah. image057.jpg
Kumpulan tersebut amat dihormati oleh orang melayu kerana keberanian mereka menentang British. Orang Tujuh terdiri daripada bekas Gabenor Pulau Pinang Tun Dr Awang Hassan, bapa Tun Dr Ismail iaitu Datuk Abdul Rahman Mohd Yassin, abangnya Datuk Sulaiman Abdul Rahman, bekas Menteri Besar Johor Tan Sri Hassan Yunos dan Datuk Kosai Mohd  Salleh.
Mereka kemudian disertai oleh Datuk Onn Jaafar, Tun Saadon Jubir, Tan Sri Syed Nasir Ismail and Tun Sulaiman Ninam Shah, sekadar menamakan beberapa tokoh.
Ia kemudiannya berkembang menjadi gerakan kebangsaan, termasuk Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak Hussein, Datuk Senu Abdul Rahman, and Datuk Abdul Rahman Talib, membentuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau Pekembar.
Kini, pertubuhan ini dikenali sebagai, UMNO yang merupakan singkatan bahasa Inggeris.
Kosai, dilahirkan di Parit Raja, Muar, dalam tahun 1914, merupakan anak imam kampung iaitu Mohd Salleh Mohd Said.
Beliau kemudiannya belajar di Sekolah Tinggi Muar dan English College di Johor Baru sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang perhutanan di Oxford University in England dari tahun 1936 hingga 1940.
Beliau merupakan orang melayu pertama yang menuntut dalam bidang perhutanan di Oxford dan merupakan orang pertama yang menerima biasiswa daripada Sultan Ibrahim, kata anaknya, Dr Wahab, Profesor Physiologist Universiti Kebangsaan Malaysia.
Selepas beliau kembali pada tahun1940, British melantik beliau sebagai Pegawai Perhutanan Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Semasa di England, Kosai telah berjumpa dengan ramai pemimpin melayu yang kemudiannya bersatu menentang pembentukan Malayan Union. Beliau menjadi nasionalis sekembalinya ke negara.
Menurut Dr Wahab, Kosai merupakan salah seorang yang menghalang Sultan Ibrahim menandatangani MacMichael Treaty.
Apabila British mengetahui perkara tersebut, beliau digantung tugas.
Hj. Josai kembali bertugas sebagai Pegawai Perhutanan sehingga beliau bertanding pada Pilihanraya 1959 di kerusi negeri Parit Bakar.
Kosai, yang kemudiannya menjadi anggota Exco negeri Johor berkaitan pertanian telah membangunkan kawasan luar bandar termasuk Parit Bakar dan kawasan sekitarnya.
Kosai telah mengubah kawasan hutan Parit Bakar yang tidak membangun kepada tanah ladang. Beliau membina jalan dan parit.
Beliau menjalinkan hubungan bagi pihak negeri Johor perbagai negara lain, termasuk United States, yang menganugerahkan Kunci Bandaraya Francisco pada tahun 1963.
Walaupun sibuk dengan tugas, Kosai tidak melupakan tanggungjawabnya terhadap sembilan anak beliau.
Beliau juga amat mengambil berat kemudahan pendidikan di sekolah.
Sementara Tun Dr Ismail, Tun Saadon, Datuk Onn dan lain-lain menempah nama di peringkat kebangsaan, Kosai kekal di Dewan Negeri Johor hingga beliau meninggal pada 1968.
Setahun kemudian, balu Kosais , Datin Zaharah Abdul Majid, memenangi Pilihanraya Umum 1969 bagi kerusi negeri Parit Jawa.
Dalam tahun 1974, beliau bertanding di Seri Menanti (kini Sungai Balang) dan memenangi kerusi negeri, dan dalam tahun 1979, beliau memenangi kerusi Semerah, Batu Pahat.
Datin Zaharah meninggal dunia pada tahun 1982 selepas berkhidmat sebagai wakil negeri..
Dalam tahun 1973, penduduk kawasan baru sekitar Parit Bakar meminta Menteri Besar Tan Sri Othman Saat menukar sebuah jalan yang kotor iaitu Jalan Kereta Lembu kepada Jalan Dato Haji Kosai.
Selepas penukaran nama itu, jalan yang kotor itu telah ditar dan menjadi jalan pintas antara Bakri dan Parit Bakar tanpa memasuki Bandar Maharani.
Daripada sembilan anak, yang sulong iaitu Mansor, merupakan pemilik ladang. Mereka yang lain ialah Fuad (bersara dari MAS), Dr Rehah (Doktor swasta di Kota Baru), Kamariah (surirumah), Najad (bekas Personnel Manager MIDF), Datin Kalthom (berkahwin dengan Pengerusi UDA Datuk Zihin Hasan), Dr Wahab, Yahya (Pegawai Tentera), and Dr Robia (Ahli Parlimen).
Sejarah berulang bagi keluarga Kosai apabila anaknya Dr.Robia memenangi dengan mudah kerusi Parlimen dalam tahun 1999.
Kini Dr.Robia merupakan Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Koperasi.
Gambar: BANGGA DENGAN AYAH...Kalthom (kiri) and Dr Wahab and Mansor bergambar dengan papan tanda Jalan Haji Kosai. image058.jpg
(Lagenda Kehebatan 'Orang Tujuh' Jalan Dato' Haji Kosai merupakan petikan artikel oleh Hamdan Raja Abdullah dari Utusan Malaysia)

PARIT BAKAR
ORANG KAYA ABU BAKAR BIN BEDU
Gambar BERPENGARUH: Orang Kaya Abu Bakar bin Bedu image056.jpg
Orangkaya Abu Bakar bin Bedu telah dilahirkan di Padang pada 10 Oktober 1852. Beliau telah membuka kawasan Belantapuri (Pekan Parit Bakar sempena nama beliau) Muar. Beliau meninggal dunia pada 17 April 1917.
Pekan Parit Bakar yang dibukanya pernah menjadi pengeluar perabot utama Malaysia di era 90an (kini kebanyakan kilang perabot di Parit Bakar telah berpindah ke kawasan perindustrian Bukit Bakri, Pagoh, Tg.Agas dan Parit Jamil).


PARIT JAWA
Dalam pentadbiran Muar, Parit Jawa adalah daerah yang termasuk dalam jajahan Muar. Dalam tahun 1886, bagi Muar dan Kesang diletakkan dibawah tadbiran Residen Ungku Sulaiman Daud, daerah Parit Jawa pula ditadbirkan oleh Peolong Residen. Parit Jawa terkenal dengan pengeluaran kelapa dan pinang.
Gambar: Parit Jawa: Pengkalan nelayan image055.jpg
PADANG
Padang terletak di bahagian pantai barat Daerah Muar (sila lihat peta di bawah) mempunyai bentuk geografinya yang luas, rendah, rata dan tidak berbukit-bukit. Ia merupakan sebuah jajahan di dalam negeri Johor.
Gambar Padang: Keluasan berubah-ubah mengikut masa image028.jpg
Luas Padang ialah kira-kira 13 km dengan lebar 6 km iaitu dari Parit Perupuk hingga ke Parit Jawa. Walau bagaimanapun, panjang jajahan Padang ini berubah-ubah dari masa ke semasa:
- Zaman Belanda (1641-1825) Keluasan Padang hanya dari Parit Perupuk hingga ke Parit Pinang Seribu sahaja.
- Zaman Sultan Abu Bakar (1863-1895) Keluasan Padang sehingga ke Sungai Balang.

Posted at 10:56 pm by anakmuar
Comments (11)  

SEJARAH JABATAN KERAJAAN MUAR
SEJARAH JABATAN KERAJAAN MUAR
Jabatan Kerja Raya (JKR)
Pada mulanya Jabatan Kerja Raya Muar di Ketuai oleh Datuk Mat Salleh bin Perang. Beliau telah di tugaskan mengetuai Jabatan Ukur, Tanah dan Kerja Raya Johor. Aktiviti dan fungsi Jabatan Kerja Raya Muar bermula daripada 10 April 1887 (tarikh Datuk Bentara Luar Johor mula tugasnya membangunkan Muar Modern).
Dalam tahun 1892 YB Setiausaha Kerajaan Johor telah mengarahkan Ungku Endut bertukar ke Muar untuk menubuhkan sebuah Jabatan Kerja Raya yang berpindah dari Jabatan Ukur dan Tanah. Sebelum ini Ungku Endut adalah Penolong Penguasa Jabatan Kerja Raya Johor di bawah En Yahya bin Shaaban Al datar yang menjadi Penguasa nya.
Sebelum ini Pentadbiran JKR, Muar terletak di Bangunan Sultan Abu Bakar Jalan Petri Muar iaitu dari tahun 1922 hingga 31.05.1974. JKR muar telah berpindah ke Bangunan sendiri di Jalan Othman Muar Johor yang ada sekarang ini pada 01.06.1974. Bangunan ini sebelumnya sebuah Rumah Persinggahan Muar.

JKR Daerah Muar
B292 Jalan Othman 84000 Muar

Posted at 10:30 pm by anakmuar
Comments (3)  

SEJARAH PENDIDIKAN MUAR
SEJARAH PENDIDIKAN RASMI MUAR
Sejarah sistem pendidikan rasmi di Muar bermula seawal tahun 1883 iaitu dengan tertubuhnya Sekolah Melayu Padang pada tahun tersebut. Pada tahun 1883 hingga tahun 1900, pentadbiran sekolah-sekolah di daerah Muar adalah di bawah kuasa Pentadbiran Jabatan Pelajaran Johor, di Johor Bahru.
Apabila sekolah bertambah banyak, Pentadbiran Jabatan Pelajaran Johor memindahkan pengelolaan sekolah-sekolah daerah Muar ke Muar bermula pada tahun 1901. En. Awang bin Bachok dilantik sebagai Inspector of School (Muar) pada tahun 1901. Pada tahun 1918 En.Awang bin Bachok ditugaskan mengurus bahagian Malay Education Department, manakala pengurusan English Education Department diserahkan kepada En. H. Mortimer sebagai Master In Charge.
Mulai tahun 1928, jawatan Nazir Sekolah-sekolah bertempat di daerah Muar diwujudkan dan disandang oleh En. Abd. Shukur bin Ismail.
Di bawah disenaraikan Ketua-ketua Pentadbiran Sekolah-Sekolah daerah Muar bermula 1896 hingga 1998.
JADUAL: SENARAI NAMA KETUA PENTADBIRAN
SEKOLAH-SEKOLAH MUAR (1896-1998)1896-1900 - En.Awang bin Bachok - Setiausaha Hal Ehwal Sekolah Muar
1901-1913 - En.Awang bin Bachok - Inspector of Malay School
1900-1928 - Hj.Andak bin Hj.Jamak - Penolong Pemeriksa Sekolah Muar
1928-1928 - En.A.R.Chessman - Pesuruhjaya Sekolah Muar
1928-1931 - Hj.Abd.Shukor Ismail - Penolong Nazir Sekolah Muar
1931-1941 - Hj.Abd.Shukor Ismail - Nazir Sekolah Muar
1942-1945 - En.Sato San / En.Hamidon bin Andak - Penguasa Pelajaran (Sidokan) di JB Mengelola daerah Muar
1945-1955 - En.Mohammad Dato' Ahmad - Penolong Nazir Sekolah Muar
1956-1957 - En.Abd.Majid Othman - Pengelola Sekolah Muar
1957-1958 - En.Mohd.Taib Ibrahim - Penolong Pengelola Sekolah Muar
1957-1958 - En.Mohd.Taib Ibrahim - Pen.Pengelola Sekolah Kebangsaan
1958-1960 - Hj.Mohd.Noh Md.Manaf - Pen.Pengelola Sekolah Muar
1961-1965 - En.Ali bin Roslani - Pen.Pengelola Sekolah Kebangsaan
1966-1970 - En.Ghazali b Abd.Rahman - Pen.Pengelola Sekolah Kebangsaan
1970-1972 - En.Abu Bakar bin A.Samad - Pen.Pengelola Sekolah-Sekolah
1972-1982 - Tn.Hj.Idris bin Salim - Pengelola Sekolah-Sekolah Muar
1982-1986 - En.M.Zin bin Sham - Pegawai Pendidikan Daerah Muar
1986-1994 - Tn.Hj.Omar b Abd.Rashid - Pegawai Pendidikan Daerah Muar
1994-1995 - En.Rashdi bin Ramlan - Pegawai Pendidikan Daerah Muar
1995-1997 - En.Abd.Rahim bin Omar - Pegawai Pendidikan Daerah Muar
1998-1998 - Tn.Hj.Hashim bin Kahat - Pegawai Pendidikan Daerah Muar
1998 - Tn Hj Zainal bin Nong - Tn Hj Zainal bin Nong

Gambar DULU: Sek.Keb.Bandar Maharani Muar 1886 image024.jpg
Gambar KINI: Pejabat Pendidikan Daerah Muar image020.jpg


SEKOLAH MENENGAH:
SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR (SAMURA)
Sekolah Menengah Sains Muar
ditubuhkan pada 31 Mei 1983 di Tanjung Agas, Muar, Johor, di kawasan seluas 42 ekar. Seramai 204 orang pelajar Tingkatan Satu merupakan kumpulan pertama yang mendaftarkan diri pada tarikh ini. Pada Jun 1983 kumpulan kedua pelajar sekolah ini mendaftarkan diri. Mereka merupakan 421 orang pelajar di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mengikuti Kursus Persediaan Bahasa Inggeris (TOEFL) sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Kumpulan ketiga merupakan 175 pelajar Tingkatan Empat telah mendaftarkan diri pada 1 September 1983. Mulai tahun 1988 sekolah ini hanya menerima pelajar baru Tingkatan Empat sahaja dan tidak lagi menerima kemasukan pelajar Tingkatan satu. Mulai 1990 sekolah ini hanya mempunyai pelajar Tingkatan Empat dan Lima sahaja. Pada 30 Jun 1991 Sekolah ini telah menerima kemasukan kumpulan pertama Tingkatan Enam Rendah sehingga tahun 1994.
Tahun 1992 merupakan tahun yang amat bersejarah bagi Sekolah Menengah Sains Muar kerana pada tahun inilah sekolah berjaya menghasilkan 100 peratus pangkat 1 dalam peperiksaan SPM.Mulai 1995 Sekolah ini telah dijadikan salah satu pusat matrikulasi bagi Universiti Malaysia Sabah yang berakhir pada Mei tahun 2000.
(Sumber: Samura Online)


MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM)
MRSM Muar telah dimulakan pada 1980 dengan pengambilan pelajar seramai 149 orang . Pada tahun 1981, pengambilan pelajar pula adalah seramai 150 orang . Oleh sebab pembinaan bangunan MRSM Muar tidak dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan maka kumpulan pelajar-pelajar itu telah ditumpangkan sementara di MRSM Kulim dan MRSM Kuala Terengganu.
Pada tanggal 14hb. Ogos tahun 1981 kampus MRSM telah mula boleh digunakan oleh pelajar-pelajar tersebut. Mereka ditempatkan semula dikampus MRSM Muar ini .
Kampus MRSM Muar terletak di Mukim Bakri di daerah Muar , kira-kira 10 km. dari bandar Maharani Muar . Keluasan kampus ialah kira-kira 23 hektar .MRSM Muar mengandungi satu blok bangunan untuk pejabat pentadbiran dan bilik guru , dua blok bangunan akademik yang baru dan kawasan bangunan akademik yang lama , 2 blok asrama putera dan 2 blok asrama puteri ,sebuah padang sukan dan sebuah kolam renang .

 
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SRI LANANG
Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Januari 1969 dengan nama Sekolah Menengah Bukit Serampang, Muar ( Kebangsaan sahaja ). Pada mula penubuhannya, sekolah yang terletak di dalam FELDA Bukit Serampang ini telah diketuai oleh Encik Ismail bin Rahmat yang merupakan pengetua pertama ( 1969 hingga 1978 ).

Pada tahun 1976, Tingkatan 4 Sastera dimulakan di sekolah ini dan serentak dengan itu namanya ditukar kepada Sekolah Menengah Tun Sri Lanang mengambil sempena nama seorang tokoh penulisan yang terkenal pada zamannya. Pada tahun 1985, sekolah ini telah dibekalkan dengan kemudahan elektrik untuk menyempurnakan keperluan asas sekolah.


Pada tahun 2001, kelas Tingkatan 4 Sains dimulakan. Manakala pada akhir tahun 2001, Sekolah Menengah Tun Sri Lanang telah mendapat peruntukan berupa bangunan tambahan sebanyak 2 blok bagi Makmal Kemahiran Hidup, Pusat Sumber, Bilik Guru, dan Makmal-makmal Sains Tulen.



SEKOLAH KEBANGSAAN:
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ABU BAKAR (1)
Sekolah ini terletak di Jalan Junid Muar dan mula dibuka pada bulan Januari 1961 dan dinamakan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Perempuan Sultan Abu Bakar (1). Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Perempuan Sultan Abu Bakar (2) berpindah ke sekolah ini pada tahun 1965. Sebelum ini murid-muridnya ditempatkan di Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar.

Mulai tahun 1965 sekolah ini bertukar menjadi dua sessi. Pada tahun 1975, Sekolah Rendah Perempuan Sultan Abu Bakar (1) ditukar namanya kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Abu Bakar (1). 
 

Pada mulanya sekolah ini ada dua buah bangunan sahaja iaitu Blok A dan Blok B yang telah dibina di atas tanah kerajaan merangkumi lot nombor 1730, 2444 dan LOT 354 seluas lima setengah ekar. Sebuah bilik muzik telah dibina dengan daya usaha PIBG sekolah ini. Blok C telah dibina pada Januari 1962. Pembinaan Blok D pula dibuat pada tahun 1964 oleh Allahyarham YAB Dato' Haji Hassan Bin Yunos, Menteri Besar Johor ketika itu.  
Pada tahun 1990 sebuah surau telah dibina dengan perbelanjaan sebanyak RM 48 952.00. Surai ini dirasmikan oleh Al Fadhil Tuan Kahdi Daerah Muar iaitu Tuan Haji Zainuddin Bin Munajat, SMJ.   
Pada tahun 1994 bangunan baru iaitu dikenali dengan nama Blok F telah dibina. Bangunan Blok F ini telah diserahkan kepada pihak sekolah pada 30 Oktober 1994 dan mula digunakan pada 1 Disember 1994. Pada tahun 1998 sekolah ini dekenali dengan Sekolah Kebangsaan Sultan Abu Bakar (1).  

(Sumber: Sek.Keb. SKSAB (1) Online)

Posted at 10:16 pm by anakmuar
Comments (19)  

 

Sejarah awal Lenga, Muar Johor

by Mukim Lenga on Monday, October 5, 2009 at 12:11am
penghulu Lenga tokoh ilmuwan Johor
Abd Hamid Fadzil atau dikenali Orang Kaya Johor menubuhkan Madrasah Maharani al-Islamiah untuk mencurahkan ilmu

ORANG yang berilmu dan beramal sememangnya sentiasa dikenang sampai bila-bila, apatah lagi ilmu pengetahuan yang ada digunakan untuk membangunkan ummah, umpama pokok rendang yang membolehkan ramai orang tumpang berteduh dan menikmati hasilnya.

Itulah gambaran yang diberikan kepada Haji Abd Hamid Haji Fadhil lebih dikenali sebagai Orang Kaya Hamid yang terkenal ketokohannya sebagai Penghulu Lenga dan Orang Kaya Johor.

Sebagai individu yang berjaya, pegawai Sultan dan penghulu disegani, beliau banyak terbabit dalam pembangunan masyarakat, bijak menyesuaikan diri pada zaman Jepun serta berani menentang komunis.

Beliau juga sering menegaskan betapa pentingnya rakyat memiliki ilmu demi kemajuan diri dan masyarakat. Pengalamannya bergiat dalam politik, berkawan rapat dengan nasionalis dan tokoh agama menjadikannya sebagai idola masyarakat.

Menyingkap sejarah hidupnya, beliau bersama dua adiknya dibawa ke Makkah oleh ayahnya dan menetap di sana seketika sebelum kembali ke tanah air untuk mendapat pendidikan formal di sebuah sekolah Melayu di Muar dan tinggal bersama rakannya di Lorong Serkam.

Abd Hamid mendalami ilmu agama di Johor Bahru dan mengikuti pengajian di Kuliah al-Attas (kelas Tahdiri dan Ibtidai'i). Pada awal 1930-an, beliau dilantik sebagai pengajar Kuliah al-Firdaus, Singapura.

Di sana, beliau berkawan rapat dengan tokoh ulama terkenal, Kiyai Fadhullah Suhaimi serta mendampingi tokoh nasionalis negara, Ibrahim Yaakob dan Ahmad Boestaman. Hubungan itu membabitkannya dalam penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebelum ia diharamkan British.

Berikutan pengharaman itu, Ahmad Boestaman lari ke Pahang, Ibrahim lari ke Indonesia dan Abd Hamid pulang ke Muar dan tinggal di Bukit Kepong.

Penyelidik Sejarah Johor, Mohd Akbal Abdullah yang menjalankan kajian ke atas tokoh ini berkata, Abd Hamid bersahabat dengan pejuang tanah air, Datuk Onn Jaafar ketika di Singapura. Sejak itu, beliau mula berjinak-jinak dengan penulisan dan menyumbang bahan penulisan dalam Warta Malaya.
Beliau turut berguru dengan Abdul Rahim Kajai dalam bidang kewartawanan dan isu politik. Apabila pulang ke Muar, beliau menerbitkan surat khabar Bintang Malaya yang mengutarakan perasaan cintakan negara, perjuangan menuntut kemerdekaan, persaingan dengan bangsa asing dan pendidikan.

"Usia remajanya dipenuhi dengan kegiatan mencari ilmu, menimba pengalaman bersama tokoh besar di Singapura dan Johor. Selepas lebih 10 tahun merantau, beliau kembali ke Muar pada 1937 dan dianggap umpama sirih pulang ke gagang.

"Ilmunya dimanfaatkan kepada penduduk kampung. Ketika berusia awal 20-an, beliau menubuhkan Madrasah Maharani al-Islamiah bersama ayahnya di Lorong Serkam dan Surau Jalan Hashim," katanya yang bertugas sebagai Pensyarah Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.

Madrasah itu masih beroperasi melalui cawangannya di Sekolah Perempuan Kerajaan di Dumpar Rendah, Jalan Junid di awal penjajahan Jepun sebelum ditutup dan dibuka semula di zaman British.

Aktiviti menuntut ilmu di zaman Jepun terabai kerana masyarakat sibuk mencari makanan berbanding mencari ilmu pengetahuan. Abd Rahman mendapat kepercayaan Jepun menjadi wakil penjual beras dan gula serta mendapat konsensi mengimport makanan untuk diedarkan kepada penjual di sekitar Muar.

"Beliau akan memastikan bekalan beras kapur dan gula itu sampai kepada peniaga Melayu dan menyediakan stor barangan di Jalan Maharani (berhadapan pejabat Kastam Muar)," katanya.

Disebabkan sikap kejam dan dasar diskriminasi Jepun, hubungan antara Cina-Melayu renggang dan memuncak selepas penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM). Abd Hamid memimpin perkumpulan kerohanian sebuah tariqat, iaitu cabang amalan Tariqat Naqsabandiah pimpinan ayahnya.

Beliau bergabung dengan Panglima Salleh dari Batu Pahat dalam gerakan Selempang Merah sehinggalah gerakan itu dihentikan selepas campur tangan Onn Jaafar.

Ketika dilantik sebagai Penghulu Lenga pada 1947, beliau mengusulkan penubuhan sebuah sekolah menengah di sana kerana pendidikan anak tempatan amat terhad. Usahanya berjaya tetapi tidak sempat melihat hasilnya termasuk peletakan batu asas sekolah akibat meninggal dunia pada usia muda.

Beliau turut terbabit dalam perjuangan menuntut kemerdekaan melalui Parti Pekembar yang kemudian dikenali sebagai Umno dengan menjelajah negara meminta rakyat bangkit menentang penjajah.

Di Lenga, beliau berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat dan menggalakkan mereka giat menanam padi. Beliau turut turun padang menanam padi di kawasan bendang Sawah Pondok dan tindakannya menjadi teladan kepada masyarakat.

Disebabkan penempatan awal Lenga sering dilanda masalah banjir pada musim tengkujuh, beliau mengarahkan kira-kira 100 keluarga penduduk sekitar Liang Batu, Gambang dan Rencong berpindah ke kawasan baru dikenali sebagai Kampung Baru Batu 28.

Beliau mengambil inisiatif memperkenalkan kawasan terpencil ini kepada masyarakat luar dengan membanyakkan aktiviti sosiol seperti penubuhan pasukan bola sepak, kumpulan marhaban dan berzanji dalam Bahasa Melayu serta berjaya membawa kumpulan kebudayaan Lenga yang terkenal dengan tarian Ceracak Inai membuat persembahan di istana.

Kecemerlangannya sebagai tokoh tempatan merubah landskap Lenga daripada sebuah penempatan di hulu sungai Muar kepada penempatan terancang sehingga jasanya diiktiraf dan dipilih sebagai Yang Di Pertua Jemaah Penghulu-Penghulu Malaysia.

Pada 1963, beliau menyertai rombongan Malaysia ke Jepun untuk menjalin hubungan diplomatik memulihkan hubungan dua hala lebih baik akibat sentimen bencikan Jepun ketika menduduki Malaya.

Info
Penghulu Lenga haji Abdul Hamid

Dilahirkan pada 1916 di Lenga, Muar Johor.

Anak sulung daripada 10 beradik

Meninggal dunia pada 1964 ketika usianya 47 tahun akibat sakit jantung

Anak kepada Kiayi Haji Fadhil al-Banteni, mufti peribadi Sultan Ibrahim

Berkahwin ketika berusia 27 tahun dengan anak penghulu Lenga, Aminah Ahmad, 15.

Dikurniakan 14 anak.

Dilantik sebagai Penghulu Lenga pada usia 29 tahun menggantikan abang iparnya, Abdul Rahman.

Dilantik sebagai Ahli Majlis Istiadat DiRaja Johor dan Ahli Pangkuan DiRaja Johor.

SEJARAH FELDA LENGA
   Kampung Felda Lenga asalnya merupakan sebuah TANAH PINGGIR GSA yang diperjuangkan oleh Allahyarham Orang Kaya Penghulu Lenga iaitu Hj.Abd Hamid. Tanah ini telah diserahkan kepada FELDA pada tahun 1961 untuk memajukan tanah serta mendirikan rumah untuk peneroka-peneroka Felda. Kemasukkan peneroka-peneroka Felda adalah mengikut peringkat-peringkat, peneroka peringkat 1 telah berpindah dari kampung-kampung berdekatan pada tahun 1963 seramai 132 orang. Pada tahun 1964 seramai 84  peneroka peringkat 2 telah berpindah dari kampung masing-masing untuk memasuki Felda. Setiap peneroka telah diperuntukkan seluas 8 ekar tanah pertanian dan 1/2 ekar tapak rumah.

  Semua peneroka yang menetap ditanah Felda terlibat dalam bidang penanaman getah dengan hasil pendapatan pada masa itu RM2.50 sehari. Pada masa yang sama juga, Badan JKKR telah ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Pengurus Felda yang pertama iaitu Tn.Hj. Noh bin Ismail serta ahli jawatankuasa yang terpilih melalui blok-blok yassin sebanyak 7 blok yassin. Perbincangan telah dibuat oleh Ahli Jawatankuasa dan Pengerusi JKKR untuk menukar nama Tanah Pinggir GSA kepada FELDA LENGA, nama ini diambil berikutan Felda ini kelompok yang dipanggil MUKIM LENGA, ia juga diambil atas simbolik Orang Kaya Penghulu Lenga. Pada tahun 1978, Felda telah memajukan lot pertanian tambahan dengan tanaman getah dan diperuntukan sebanyak 2 ekar setiap peneroka. Sehinggalah pada tahun 1987 dikurniakan geran hak milik tanah oleh Kerajaan Negeri johor dengan persetujuan pihak Felda setelah selesai bayaran kembali kos pembangunan tanah dan lain-lain.

  Pada tahun 1992,pentadbiran JKKR telah mewariskan pentadbirannya kepada Pertubuhan Peneroka bagi menjaga kepentingan peneroka bersama Felda dengan pemimpin serta Jawatankuasa dipilih melalui mesyuarat agung setiap 3 tahun sekali. Pada tahun 2001, kerajaan negeri bersama felda bersetuju menubuhkan JKKK dengan diketuai seorang Ketua Kampung sementara Felda masih berurusan untuk mentadbir kawasan ladang pertanian serta khidmat masyarakat bersama JKKK dan badan-badan sokongan yang lain dengan diketuai oleh pengurus. Pengurus Felda pada masa ini ialah En. Samsubaha bin Jantan.


try cari sini:
http://sejarahmuar.blogdrive.com/

No comments:

Post a Comment